








korang suke tengok citer korea x? kalau aku mmg suke sampai mak aku cakap aku ni HANTU KOREA..huu! takut x, takut x, haha..kalau ko tanye dah berapa banyak cerita aku tengok mmg x terjawab ar. cerita2 yg ade dekat MYSOJU tu aku rasa dah hampir semua aku tengok. terer kan, hoho..kalau ko tanye kenapa aku prefer citer korea dripada cerita melayu, aku akan jawab: sbb cerita korea punye actor2 dengan actress2 lagi comel2 belaka..tapi lex duluu,fortunately, kite pon ade actress comel--> nora danish, fasha sandha ...
aku masih ingat lagi cerita korea first yang aku tengok. tajuk dia All About Eve. aku tengok citer ni masa umur aku around 6-7 y.o. yang syok nye citer ni punye hero dengan heroin, mmg superb ar aku cakap. walaupon mase tu aku masih mude lagi, kecik sebenarnye, tapi aku dah rasa suka tengok sbb heronye hensem..gatal jugak aku ni ek..shhhttt!! jgn bg tau mak aku ea, ahaks!!.. sekarang, hero dgn heroin dye pon dah pangkat ahjumma dengan ahjusshi ataupon bahasa mudahnye dah tua. yang si hero tu (jang dong gun) sekarang dah bersara kot. si heroin (chae rim) plak masih belakon lg, masih jadi heroin lagi beb, chaiya ar kan. ala citer yg dia belakon tu top jugak, aritu siap kuar kat surat kabar lagi. tajuknye Oh! My Lady. citer ni pon syok. hero dia pon ada klazz jugak, Choi Siwon daripada Super Junior. aku suke dia,,ahaks!
ko tengok, ko tengok,, aku cerita pasal cerita korea yg 1'st aku tengok pon dah berjela-jela. kalau aku tulis semua cerita, mau muntah darah ko bace. tapi aku kisah ape, aku nak tulis lagi jugak. haha... ko tengok sekarang ni punye industri muzik, ape yang top? k-pop kan.. haa, ni yang nak cerita ni. korea ni sebenarnya pandai tau, dia buat sesuatu tu sampai betul2 success. daripada k-pop dia je, Korea boleh maju. mana x nye, seluruh dunia search pasal k-pop. daripada k-pop tu boleh berkait dengan yang lain. contohnye, orang suke SUPPER JUNIOR pastu mestilah orang search kan pasal dyeorg, pastu jumpe la plak yg si Choi Siwon (SJ member) belakon, mulalah org tengok cerita Oh! My Lady tu, pastu org tengok heroin cerita tu comel, org search pulak pasal Chae Rim, chae rim ni pulak banyak cerita dah dia belakon pastu org pon tengok cerita2 dia tu, tengah2 tengok, dengar pulak bahasa korea mcm best, org pon belajar BAHASA KOREA. dah belajar bahasa korea mestilah pegi melancong terus kat KOREA.
so, kite pon jadi lah mcm korea. untung pon untung kan..tapi bila aku pikir2 balik. dulu kite ade ek kumpulan2 yg mcm SNSD, KARA, FX, tu semua. ko x caye? cube ko search pasal FEMININ, EVA, RES2, ELITE..kalau ko x jumpe, try ko tanye dengan mak ayah ko, mesti dyeorg tau. tapi sayang kan, x dapat sambutan kot. mungkin dyeorg x cukup "hot" pastu x pakai kain skirt sependek yang mungkin dengan baju yang "sikit-sikit" je kot..ahaks!!
haa..ni gambar dyeorg::
dah penat ar type,,patah pulak karang jari aku,,kira ok la ni ek..wacaudulu!!
p/s: aku rasa ada HANTU KOREA PART 2 akan menyusul,,tunguuu...
ko tgk x mlm tadi, live Malaysia lawan Laos? rugi ar kalau x tengok. puas hati giler Laos kene hentam 5-1 dengan Malaysia. credit to Amri Yahyah sebab golkan 2 gol, Amirulhadi 1 gol, Shahrul Idlan Talaha 1 gol, gol last skali yang golkan adalah pemain yang paling mahal sekali, MAHALi Jasuli. meh ah aku bg review sikit2..
--> 1-1: haa, kali ni Laos bangkit buat equalizer. senang je dia golkan just lari lari lari pastu tanduk terus gol dan kiteorg pon "ALAAAAA!!!"
p/s: gigih giler aku tulis sambil flashback game yg aku tengok live kat tv1 semalam, berikan tepukan yang gemuruh kat aku,,haha...sayang ko..
cerita ny sebenarnye kisah benar aku dapat kat facebook,,sedih tapi rase marah kat mak bapak dye...korang bace la sendiri...
******************************************************************************************************
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)